5 destinasi pelancongan di Ipoh menarik untuk dikunjungi

Ipoh adalah destinasi percutian popular terutamanya bagi tempoh singkat. Terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama rakan atau keluarga. Disenaraikan antara lokasi popular yang wajib dikunjungi seperti berikut:

1. Gua Tempurung

Bagi yang meminati aktiviti lasak, wajiblah mengunjungi Gua Tempurung yang terletak di Gopeng. Salah satu sebab utama gua batu kapur ini menjadi tumpuan pelancong adalah kerana aktiviti lasaknya iaitu acara meredah sungai dalam gua. Aktiviti ini memerlukan ‘tour guide’ untuk memberi panduan kerana gua ini sangat dalam dan memerlukan seseorang yang pakar.

Selain itu, Gua Tempurung juga terkenal dengan keindahan pembentukan batu-batu stalagmit dan stalaktitnya. Pengalaman menerokai gua sebegini memang sangat menyeronokkan dan wajib dicuba sekiranya bercuti di Ipoh.

Sumber : Says

2. Concubine Lane
Sering melihat gambar cantik dan variasi makanan lazat di Ipoh ketika melayari media sosial? Concubine lane adalah antara lokasi ‘viral’ yang wajib dikunjungi jika anda melawat Ipoh.

Variasi makanan seperti kuih titisan hujan, gula kapas besar, rainbow chessy toast, sengkuang calit, ais krim waffle dan sebagainya boleh didapati di sini.

Terdapat juga pelbagai kedai cenderahati, makanan jalanan, kafe, kedai pakaian dan aksesori yang juga boleh didapati di Concubine Lane sambil mengambil gambar-gambar menarik ‘instagrammable’ di sepanjang lorongnya.

Sumber : Tripadvisor

3. Gua Kek Look Tong
Satu tarikan alam semulajadi yang sangat popular di Ipoh adalah Gua Kek Look Tong yang mempunyai pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Terdapat tokong dalam gua ini yang menjadi tarikan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara kerana keunikannya.

Sumber : Facebook Travelog.com

Selain itu, terdapat juga Taman Zen yang sangat mendamaikan dan sesuai untuk melakukan aktiviti riadah terutamanya bagi golongan tua yang tidak boleh berjalan jauh.

4. Pasar Malam Ipoh
Jika anda berpendapat bahawa tiada ‘night life’ di Ipoh, maknanya anda belum menerokai bandar raya ini dengan sepenuhnya. Pasar malam Ipoh antara lokasi yang mendapat sambutan pengunjung untuk menikmati makanan tempatan yang enak dengan harga berpatutan.

Sumber : Embark.org

Sekiranya anda ingin melakukan ‘food hunting’, makanan pasar malam Ipoh perlu ada dalam senarai lokasi kunjungan wajib di sini. Laksa, snek Taiwan, tofu busuk, satay, apam balik, fried raddish, ayam goreng, cempedak goreng dan banyak makanan jalanan boleh didapati di sini. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis aksesori, pakaian, kasut dan lain-lain yang dijual pada harga berpatutan.

Sumber : The Star

5. Kinta Riverfront
Kinta Riverfront ialah satu destinasi yang agak menarik untuk dilawati pada waktu malam kerana terdapat cahaya lampu LED yang dipasang pada pokok-pokok di sepanjang laluan sungai tersebut. Konsepnya sama seperti I-City di Shah Alam tetapi dengan keunikannya yang tersendiri.

Sumber : GoGoFunPerak

Lampu-lampu berwarna-warni yang menerangi kawasan ini memberikan suasana yang agak romantik dan mengujakan. Ia memang menjadi lokasi yang sempurna untuk anda bergambar, bersantai dan meluangkan masa berlibur bersama rakan atau keluarga.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

spot_img

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.